Garam Punca Tekanan Darah Tinggi – Mengapa & Bagaimana?

 
Kita sedia maklum dan sedar bahawa kekerapan makan terlalu banyak makanan yang masin akan menyebabkan meningkatnya tekanan darah tetapi tidak banyak yang tahu mengapa dan bagaimana garam bertindak balas terhadap tekanan darah kita.
Natrium dalam garam sebenarnya membantu menjaga tekanan darah, mengawal pengecutan otot, transmisi antara saraf sel, serta menjaga keseimbangan air, asid dan bes dalam tubuh.
Namun, fungsi Natrium dalam garam ini akan berkesan jika pengambilan garam tidak lebih dari 6 gram (1 sudu teh) sehari. Mengapa dan bagaimana garam menjadikan tekanan darah kita tinggi?
Kadar garam yang tinggi dalam tubuh akan mempersempit arteri ginjal, sehingga menjejaskan aliran darah dan menyulitkan kinerjanya.
Akibatnya, ginjal melepaskan hormon yang disebut *renin dan *angiotensin, yang meningkatkan tekanan pada pembuluh darah periferi, dan menyebabkan hipertensi.
*[renin ialah enzim yang dirembeskan oleh buah pinggang dan merubah angiotensinogen menjadi angiotensin untuk menambah tekanan darah supaya penurasan ultra dijalankan dengan cekap]
*[angiotensin ialah bahan yang terhasil daripada angiotensinogen oleh renin, yang boleh menyebabkan vasokonstriksi dan peningkatan tekanan darah.]
Selain garam, faktor lain yang meningkatkan risiko terkena hipertensi ialah usia, keturunana, kegemukan, fizikal yang kurang aktif, merokok, stres dan minuman beralkohol. Namun dengan mengurangi pengambilan jumlah garam saja, dipercayai sangat baik untuk mengurangkan risiko hipertensi.
Berikut adalah beberapa cara untuk mengurangkan jumlah pengambilah garam agar tidak berlebihan:
- Makan lebih banyak produk segar dan sedikit makanan olahan,
- Hadkan penggunaan garam dalam makanan dan menggantikannya dengan rempah-rempah tertentu yang dapat memperkaya rasa,
- Pilih produk makanan rendah garam, dan
- Banyak makan buah-buahan dan sayuran.
http://mymigrasi.kulim.my/2012/02/07/garam-jadi-punca-tekanan-darah-tinggi-mengapa-bagaimana/

Bahaya Tekanan Darah Tinggi (Hipertension)

 

Tekanan darah yang tidak terkawal untuk jangka masa yang panjang akan merosakkan struktur dan fungsi saluran darah serta memusnahlah lelehan vaskular-keseimbangan dinamik endotelin dan karbon monoksida, bahan-bahan penting untuk menstabilkan tekanan darah.

Apabila keseimbangan ini terganggu, tekanan darah akan kerap meningkat dan fungsi-fungsi vasodilasi dan vasokonstriksi akan terjejas.

Ia boleh diumpakan seperti pita getah elastik yang mudah putus setelah diregangkan berkali-kali; oleh itu hipertensi hendaklah di rawat terlebih dahulu untuk menghapuskan punca sebenar arterisklerosis jantung dan otak, dan pada masa yang sama mewujudkan persekitaran yang sesuai untuk penyembuhan salur-salur darah yang mengalami sklerosis.

Pakar-pakar perubatan berpendapat bahawa langkah pencegahan dan rawatan untuk penyakit-penyakit kardio-serebrovaskular hendaklah tertumpu kepada usaha mencegah arterisklerosis kerana arteri merupakan rangkaian lalu-lintas seluruh tubuh.

Jika plak wujud pada dinding arteri tidak dihapuskan kesesakan lalu lintas akan bertambah buruk dengan iskemia dan nekrosis yang terjadi dalam organ-organ terbabit. Pembentukan plak mengambil masa lebih kurang 10-15 tahun tanpa sebarang simptom yang ketara.

Pesakit hipertensi merupakan golongan yang paling berisiko menghidapi penyakit kardio-serebrovaskular di seluruh dunia.

Penyakit hipertensi hendaklah sentiasa mencari perlindungan vaskular dan tidak bergantung kepada rawatan tunggal yang rumit. Sebaliknya mengambil beberapa gabungan rawatan yang fokus kepada perlindungan vaskular.

Ubatan yang digunakan perlu mempunyai ciri-ciri berikut;
  • kesan tereupatik merendahkan tekanan darah dan menormalkan keterlapan salur darah
  • menguatkan keterkecutan kardium
  • meningkatkan keluaran kardium
  • mengurangkan penggunaan oksigen oleh otot-otot kardium
  • mengembangkan arteri koronari
  • meningkatkan aliran darah koronari
  • melancarkan pengaliran darah miokardium
  • merendahkan tahap lipid plasma yang ketara
 http://sne.cybermedik.com/tips-kesihatan/bahaya-tekanan-darah-tinggi-hipertension/

Misai Kucing Merawat Darah Tinggi



Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainsnya Orthosiphon stamineus, Benth.

Pokok misai kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Bunga terdapat pada 'verticil' lebih kurang 16 cm panjang. Bunga berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun Misai Kucing tersusun dalam pasangan yang bertentangan. Daun Misai Kucing berwarna hijau, berbentuk tirus di hujung dan tepi daun berjereja. Tangkai daun pendek, berukuran 0.3 cm panjang dan berwarna ungu-kemerahan. Batang pokok Misai Kucing berbentuk empat segi, berwarna kemerahan, tumbuh tegak dan bercabang-cabang.

Herba Misai Kucing boleh ditanam sepanjang tahun dan ianya boleh tumbuh setinggi 0.3 hingga 1 meter. Mempunyai bunga yang berwarna putih dan keseluruhan tumbuhan ini boleh digunakan sebagai ubat. Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat penyakit kencing manis.

Herba Misai Kucing digunakan untuk memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang dan bagi membantu mengelakkan penyakit batu karang. Mengikut kajian, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi.

Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.


Mengandungi bahan hebat seperti :
1-       Cirsimaritin
2-      Myoinositol
3-      Orthosiphon
4-      Pillion
5-      Rhamnasin
6-      Bmlt oioidsalvigenin
7-      Kerotinoid

8-      Keratin
9-      Flavanoid
10-   Glukosid
11-    Glikoprotein
12-   Terpenoid
13-   Sapon





Berfungsi untuk :





  • Kencing manis
  • Darah tinggi
  • Mengelak jangkitan saluran kencing
  • Mengelakkan batu karang (kencing lawas)
  • Merangsang kesihatan prostate
  • Menggalak hormone testeron
  • Membantu menyingkirkan asid urik (gout)
  • Arthritis
  • Reumatik

  • Nephritis
  • Arteriosclerosis
  • Mengurangkan kadar kolestrol
  • Melancarkan peredaran darah
  • Mengurangkan penyakit kardiovaskular
  • Anti kanser
  • Sakit jantung
  • Merangsang sistem imunasi

http://ubat-darah-tinggi.kuasaphero.com/misai%20kuching.html

Penyakit Darah Tinggi Dan Kita




Salam semua..Bilangan penghidap penyakit darah tinggi yang berjumlah lebih satu bilion orang di seluruh dunia dijangka meningkat kepada 1.56 bilion orang menjelang 2025.

Ia adalah satu masalah kesihatan tanpa petanda awal ataupun simptom, oleh itu lazimnya dirujuk sebagai 'pembunuh senyap'. Atas alasan ini, ramai yang tidak sedar akan kehadiran masalah kesihatan ini sehingga mereka berjumpa doktor.

Hipertensi, istilah perubatan bagi tekanan darah tinggi, menunjukkan bahawa jantung berfungsi melampaui had lazim, menyebabkan tekanan tinggi pada jantung dan arteri.

Pertubuhan Malaysia bagi Hipertensi mentakrif hipertensi sebagai keadaan di mana tekanan sistolik adalah lebih daripada 140 mmHg atau tekanan diastolik melampaui 90 mmHg. Secara tipikal, bacaan tekanan darah tinggi sebanyak tiga kali diperlukan dalam tempoh beberapa minggu untuk mendiagnosis keadaan ini.

Darah tinggi boleh menyumbang kepada sakit jantung, strok, kegagalan buah pinggang dan aterosklerosis. Jika keadaan ini tidak dirawat atau tidak diuruskan, jantung terpaksa mengepam dengan lebih kuat lagi untuk bekalan darah beroksigen yang cukup ke organ dan tisu untuk memenuhi keperluan tubuh.

EMPAT DARIPADA 10 ORANG ADA DARAH TINGGI

Di Malaysia, empat daripada 10 warga dewasa mengalami tekanan darah tinggi dengan hanya 26 peratus daripada mereka berjaya mengawal tekanan darah masing-masing.

Kos langsung dan tidak langsung dalam merawat tekanan darah tinggi masing-masing dianggarkan RM2,719 dan RM7,511 bagi setiap pesakit pada 2009.

Selain daripada itu sehingga 85 peratus daripada pesakit mungkin memerlukan lebih daripada satu jenis ubat untuk mengawal tekanan darah, yang menunjukkan perlunya rawatan kombinasi ubat yang berkesan. Ini jelas sekali satu masalah besar kesihatan umum.

"Bagi para doktor, cabaran terbesar ialah mengawal tekanan darah dan mengekalkannya pada paras yang sesuai," kata Presiden Persatuan Jantung Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Sim Kui Hian semasa sidang media baru-baru ini.

Dr Sim, yang juga pakar perunding kardiologi berkata situasi ini menunjukkan perlunya terapi baru bagi tekanan darah tinggi.

MENGAWAL HIPERTENSI

Hypertensi perlu dikawal sepanjang hayat seseorang dan boleh diuruskan melalui sedikit perubahan dalam gaya hidup atau terapi ubat-ubatan. Perubahan kecil dalam gaya hidup boleh membantu dalam menguruskan dengan berkesan paras tekanan darah seperti mengurangkan pengambilan garam dan alkohol, bersenam dan hentikan tabiat merokok.

Tiada siapapun harus memandang remeh akan keadaan ini khasnya dengan simptom-simptom penyakit ini tidak ketara. Mereka dengan usia yang semakin meningkat dan daripada keluarga dengan sejarah penyakit itu perlu lebih berwaspada.

Para pesakit dengan tekanan darah tinggi luarbiasa mungkin mengalami rasa pening atau pendarahan melalui hidung. Bagaimanapun, tanda-tanda ini secara tipikal tidak muncul sehingga tekanan darah mencapai paras yang boleh mengancam nyawa.

TERAPI UBAT

Mereka yang menghidapi hipertensi kini antara lain mempunyai pilihan dalam merawat masalah ini menggunakan ubat Rasilez (aliskiren) - satu ubat yang boleh mengekalkan tekanan dengan konsisten bagi tempoh lebih 24 jam. Ini satu pertimbangan rawatan yang penting, kerana banyak ubat bagi tekanan darah tinggi tidak mempunyai kesan berterusan, khasnya semasa awal pagi apabila tekanan darah meningkat.

Pesakit mengalami kesan yang lebih baik dengan mengekalkan 91 peratus daripada kecekapan dalam mengawal tekanan darah walaupun jika terlepas satu dos ubat ini.Ia berfungsi dengan menyekat RAAS (sistem renin angiotensin aldosterone), inovasi utama dalam merawat tekanan darah tinggi bagi lebih sedekad.


Memandangkan kedua orang tua saya adalah pengidap penyakit ini,keberangkalian untuk anak-anak mereka mengidapnya juga tinggi berdasarkan faktor genetik.Jadi cara terbaik untuk menghindari dari mendapat hipertensi adalah dengan cara mengubah cara hidup..bersenam secara lebih teratur,paling kurang 2 kali seminggu selain menjaga dari segi pemakanan.Kekurangan tidur juga boleh menjadi punca kenaikan tekanan darah..tu yang tidur awal je 2-3 hari ni,he he..sekadar berkongsi..Wassalam.
http://www.zulkbo.com/2010/07/penyakit-darah-tinggi-dan-kita.html

Darah Tinggi & Diabetes: Bagaimana Jadi Doktor Sendiri Berubat Tanpa Kos?






 

“DARAH tinggi, diabetes dan sakit jantung adalah penyakit 3 beradik atau 3 serangkai. Sama-sama kronik dan berkait rapat antara satu sama lain. Mula-mula 1 penyakit, akan tambah berkembar jadi 2 dan seterusnya.” Kata seorang lelaki peniaga kecil, berumur kira-kira 50 tahun. “PRU 12 ni aku bimbang BN menang lagi, kerana ikut laporannya, kerajaan BN sedang merancang untuk swastakan semua hospital kerajaan Ogos ini. Hai... teruklah kita, dah le keadaan ekonomi mulai merudum!”

“Nabi kata, tiap-tiap penyakit ada ubatnya.” Jawab seorang ustaz, yang kira-kira 5 tahun lebih tua dari lelaki tadi. “10 tahun dulu saya terkejut, rupanya saya sudah 5 tahun mengidap kencing manis (diabetes) , tapi saya tak tahu, walaupun masih belum kronik sangat. Saya berubat di kelinik biasa (allopathy), doktor kata, penyakit ni tak boleh baik cuma boleh bertahan saja. Saya fikir-fikir… tak betul pendekatan doktor itu dan bercanggah dengan kata Nabi tadi… ubat memang boleh bagi baik, buat apa bagi pesakit takut?”

“Ustaz tak berubat ke dengan perubatan allopathy itu?”

“5 tahun saya berubat… memang diabetes itu boleh bertahan. Tapi pada suatu pagi saya bangun dari tidur, tangan saya tak boleh angkat sebelah. Hal ini menyebabkan saya beralih berubat dengan perubatan homeopaty pula. Menurut doktor homeopathy itu, mungkin hal tersebut kesan dari guna ubat allopathy. Saya pun belajar perubatan homeopathy. Baru saya tahu, rupanya pernah berlaku pertembungan hebat di awal kebangkitan ilmu perubatan antara perubatan allopaty dengan homeopathy. Banyak pro dan kontranya.

Antara yang saya ingat kata-kata doktor homeopathy seperti group Dr Semuel Henamhann dulu, ‘…perubatan alleopathy hanya mampu menimbus satu lubang penyakit, dengan terpaksa mengorek lobang penyakit lain yang lebih besar lagi’. Dan ‘ubatan alleopathy lebih banyak membunuh pesakit dari mengubatinya’.

Perubatan homeopathy di bawa masuk ke Malaya dulu oleh Yang Di Pertua Agung PAS ke 3, Prof Dr Burhanuddun Al-Helmy. Ada orang kata, kalau yang bawa masuk homeopathy itu bukan pemimpin PAS (PAS waktu itu menjadi musuh parti Perikatan yang memerintah) ada harapan perubatan homeopathy diiktiraf oleh kerajaan (waktu itu), dan berkembang setanding dengan alleopathy, seperti yang berlaku di beberapa negara Eropah hari ini, termasuk England sendiri.”

“Sekarang ustaz makan ubat apa?” Yang lain menambah.

“Beberapa tahun saya guna ubat homeopathy, tetapi kerana saya terpaksa jimatkan kos saya pilih perubatan herba, yang saya tanam keliling rumah. Kini saya jadi doktor sendiri berubat tanpa kos.” Jelas ustaz itu.

“Okey tu. Kami pun nak jadi doktor sendiri juga, boleh ke ustaz tolong ajarkan untuk penyakit darah tinggi dan diabetes?” Mereka pun nak jadi doktor sendiri juga.

“Mudah saja…” Kata ustaz. “Kamu kenal tak ‘pokok seruntun’?”

Ada yang mengangguk, ada yang geleng kepala.

“Akar seruntun, disebut juga patawali (atau putawali), brotowali, atau batang wali. Nama saintifik atau botaninya disebut ‘tinospora krispa (miers) atau tinosprora tuberculata. Dari jenis (famili) menispermaceae. Selalu dijumpai di pagar-pagar lama atau rumah tinggal. Saya tanam sendiri di tepi rumah. Sejengkal batang patawali saya gantung tepi pagar kira-kira 1 kaki atas tanah. Beberapa hari kemudian, tumbuh akar dan pucuk terus hidup. Amat mudah. Sekarang sudah penuh pagar dan menjalar hingga ke bumbung rumah. Berjurai-jurai, nampak cantik pula, boleh buat tanaman hiasan.”

“Ya. Ya. Saya juga terbaca dalam keterangan dari MARDI..” Tambah kawan yang mengangguk tadi. “Pokok jenis memanjat, berkayu lembut. Batangnya berbintil-bintil (berkerutu), kulit nipis dan mudah terkupas (dipisahkan). Garis pusat batang ialah antara 1.0-1.5 cm, mengeluarkan getah putih dan berlendir. Rasanya pahit. Ya. Aku ingat, isteri jiran aku nak pisahkan bayinya jangan hisap susu ibu lagi, dia sapu sikit di kepala payudaranya, bayinya dah tak mahu hisap lagi terus berhenti. Bayi pun tahu pahitnya!”

Masing-masing tertawa dengar cerita itu.

Dia menyambung lagi, “Daunnya bersifat ringkas, nipis, lembut, berbentuk hati dan tersusun secara berselang. Ukurannya ialah lebih kurang 9-10 cm panjang dan 7-8 cm lebar. Permukaan di bahagian atas dan bawah daun adalah licin. Bahagian hujung daun berkeadaan runcing. Peruratan palmat dengan 7 urat utama, nampak jelas pada permukaan bawah daun. Tangkai daun berukuran 4-5 cm panjang. Itu, antara keterangan yang aku dapat dari MARDI.”

Ustaz itu menyambung lagi, “Batangnya mempunyai kandungan air yang tinggi. Tumbuhan ini dijadikan bahan, dicampur dalam minyak urut oleh tukang urut tradisional. Bunganya berwarna hijau muda, mempunyai 6 mahkota berupa tunas. Bunganya kemudian akan berubah warna menjadi merah dan putih bila matang. Buahnya pula berwarna merah muda, kulit batangnya mengandungi alkaloid dan dammar… Manakala akarnya mengandungi berberin dan kolumbin.”

“Apa khasiatnya dan macam mana nak guna?”

“Batangnya adalah bahagian utama mengandungi khasiat. Digunakan untuk merawat tekanan darah tinngi, kencing manis, penyakit kelamin (gonorea atau sifilis), sakit perut, demam, demam malaria (kerana mengandungi jatrorhizine), turunkan suhu panas (kerana terdapat pikroretin), sakit pinggang, sengal-sengal dan masalah cacing bagi kanak-kanak. Malah diFilipina dibuat tonik yang digunakan untuk mengubat orang sakit jiwa atau tekanan mental.

Caraguna, dengan merebus batangnya, ditapis dan diminum segelas sehari. Air rebusan juga boleh digunakan untuk membersihkan darah, membunuh kuman, merawat kudis buta dan menyembuhkan luka (boleh juga dicampur dengan sedikit belerang). Untuk penyakit kelamin juga digunakan daunnya.”

“Ya aku ingat lagi…” Yang tadi mencelah lagi. “Ada orang kampungku yang kerjanya mencari rotan di rimba. Dia membawa bekal pokok seruntun ini selilit pinggang, dalam perjalanannya. Dimakannya begitu saja sehari seinci.”

“Makan begitu saja, tak pahit ke?”

“Pahit le. Sehingga nyamuk pun tak mahu gigit! Itulah khasiatnya, sehingga boleh bermalam berminggu-minggu di hutan tanpa kelambu atau ubat nyamuk!”

“Itulah jalan selesainya, bila kita takde duit nak berubat. Satu lagi jalan selesai ialah…”

“Jangan undi BN!!” Jawab mereka ramai-ramai.

Sekian. Wallahu ‘aklam.


Catatan santai:
ibnuhasyim. blogspot.com
(e-mail: ibnuhasyim@ gmail.com)
29-01-08. KL.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...