Tekanan Darah Tinggi Yang Tidak Dikawal Akan Menyebabkan Kerosakan Buah Pinggang Yang berkekalan
Buah pinggang memainkan peranan utama dalam mengawal tekanan darah ke tahap yang normal.Walaubagaimana pun,tekanan darah tinggi yang tidak terkawal akan merosakkan pembuluh darah di buah pinggang.Keadaan ini akan menyebabkan buah pinggang anda mengalami kerosakan.
Tekanan darah adalah ukuran daya kekuatan darah terhadap dinding pembuluh darah.Jika tekanan darah kekal berada dalam keadaan lebih tinggi dari biasa,maka ianya di sebut tekanan darah tinggi atau hipertensi.Peningkatan cecair dalam darah dan saluran darah tersumbat juga boleh meningkatkan tekanan darah.
Tekanan darah tinggi yang berkekalan akan menyebabkan jantung anda bekerja keras dan akhirnya akan menjadikan pembuluh darah yang membawa darah ke seluruh tubuh akan rosak.Kerosakan pembuluh darah di buah pinggang akan menyebabkan ketidakmampuannya untuk mengeluarkan sisa-sisa yang tidak diperlukan dan cecair tambahan dari tubuh.
Tekanan darah tinggi juga merupakan punca utama kepada berlakunya kegagalan buah pinggang atau di kenali sebagai End Stage Renal Disease(ESRD).Mereka yang mempunyai masalah ini perlu menjalani rawatan dialisis atau pemindahan buah pinggang untuk meneruskan kehidupan.
Bacaan terbaik yang mesti anda kekalkan untuk menjaga tekanan darah anda terutamanya jika anda mempunyai masalah buah pinggang ialah 130/80.
Tanda Dan Gejalanya
Tekanan darah tinggi pada kebiasaannya tidak mempunyai apa-apa tanda atau gejala yang menunjukkan anda mempunyai tekanan darah tinggi.Kebanyakannya langsung tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai tekanan darah tinggi.Ini kerana mereka langsung tidak mengalami apa-apa tanda.Dan ada sesetengahnya pula akan mengalami sakit kepala.
Sesetengahnya hanya akan mengetahui bahawa mereka mempunyai tekanan darah tinggi setelah berlakunya beberapa jenis penyakit seperti stroke,penyakit jantung atau kerosakan buah pinggang.
Satu cara untuk mengetahui apakah tekanan darah anda tinggi dari yang sepatutnya adalah dengan melakukan pemeriksaan tekanan darah yang dilakukan oleh mereka yang pakar.
Saya syorkan anda beli alat untuk memeriksa tekanan darah anda.Ianya ada dijual di farmasi-farmasi di tempat anda.Dengan alat ini anda boleh memeriksanya sendiri dan lebih kerap.
Rawatan untuk tekanan darah tinggi meliputi perubahan gaya hidup dan ubat-ubatan.Sentiasa mengikuti rancangan rawatan yang ditetapkan kerana ianya sangat penting bagi mengelak atau melambatkan komplikasi kepada buah pinggang anda atau pun penyakit-penyakit lain.Ianya juga akan dapat membantu anda untuk sentiasa berada dalam keadaan sihat dan sentiasa aktif.
Perubahan gaya hidup antara lain ialah meliputi diet makanan yang sihat berkhasiat,banyakkan bersenam dan bersukan,menjaga berat badan yang sihat dan juga mengawal pengambilan kafein dan alkohol.Bagi anda yang beragama Islam,ketahuilah kerana sesungguhnya pengambilan alkohol(arak) adalah haram.
1) Sentiasa mengikut rancangan diet pemakanan yang telah ditetapkan.
Hadkan pengambilan garam harian kepada 2000 miligram sehari atau lebih rendah.
Elakkan pengambilan makanan yang berlemak dan tinggi kandungan kolestrol dalam diet anda.
Hadkan dan sebaiknya elakkan terus pengambilan alkohol.Pengambilan terlalu banyak alkohol akan meningkatkan tekanan darah.Dan diulangi arak adalah HARAM di sisi agama Islam.
Dan sekiranya anda sudah mempunyai masalah buah pinggang,doktor mungkin akan meminta anda untuk mengurangkan pengambilan sumber protein.
2) Lakukan banyak senaman fizikal dalam aktiviti harian anda.Anda boleh bertanya kepada pakar kesihatan apakah aktiviti fizikal yang sesuai untuk anda.Disiplinkan diri agar melakukan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya seminggu 3 kali.Anda boleh melakukan aktiviti yang ringan seperti berjogging,berjalan cepat dan juga berbasikal.
Bagi sesetengah individu,mengamalkan gaya hidup sihat sudah cukup untuk mengawal tekanan darah mereka.Walaubagaimanapun,pada sesetengahnya pula memerlukan kepada pengambilan ubat-ubatan untuk mengawal tekanan darah mereka.
Ada banyak jenis ubat yang dapat anda ambil untuk mengawal tekanan darah anda,tetapi ada dua jenis ubat yang bukan sahaja dapat mengawal tekanan darah anda,malah ianya dapat membantu untuk melindungi fungsi buah pinggang.
Ubat-ubat tersebut ialah angiotensin-converting enzyme (ACE) inhibitor dan angiotensin receptor blocker (ARB).Selain itu doktor anda mungkin akan sertakan ubat Dueratik atau disebut sebagai ‘pil air’ bersama dengan ACE dan ARB.Fungsi dueratik ialah untuk membantu mengepam keluar lebihan air dan juga garam dari tubuh.Ini akan menyebabkan cecair menjadi kurang dalam darah dan sekaligus akan mengurangkan tekanan darah.
Sekiranya anda tidak merasakan apa-apa perubahan,lakukanlah pemeriksaan tekanan darah secara teratur.Dengan ini akan dapat mengesan lebih awal sekiranya berlaku tekanan darah tinggi.Pengesanan dan rawatan di peringkat awal tekanan darah tinggi akan membantu untuk melindungi fungsi buah pinggang anda dan mencegahnya daripada rosak.Selain itu dapat juga mengelakkan berlakunya sebarang komplikasi lain.
kredit gambar:http://www.bennz.co.cchttp://buahpinggangsihat.com/penjagaan-buah-pinggang/kesan-tekanan-darah-tinggi-kepada-buah-pinggang/
1001 Maklumat Mengenai Tekanan Darah Tinggi & Hipertensi. [Kapsul Saderi Jawa Plus - Stabil & Turunkan Tekanan Darah]
Petua Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Di sini terdapat beberapa petua dari beberapa artikel mengenai cara untuk menurunkan darah tinggi terutamanya kepada golongan yang sudah berusia. Berikut adalah beberapa petua yang boleh diamalkan.
- Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.
- Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan minum setiap pagi dan petang.
- Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
- Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
- Makan biji buah Peria.
- Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
- Minum air rebusan daun Pokok Ati-ati.
- Jadikan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman.
- Minum air rebusan Pokok Dukung Anak.
Sebagai tambahan untuk ibu-ibu yang mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi, minumlah air kembang semangkuk atau biji selasih campur dengan air suam atau air sirap.
http://maugemuk.com/blog/?p=291
- Minum air rebusan taugeh seminggu sekali. Air dan taugeh hendaklah sama banyak nisbahnya.
- Rebus beberapa helai daun pandan wangi dengan dua gelas air. Biarkan hingga tinggal setengah gelas sahaja. Amalkan minum setiap pagi dan petang.
- Makan 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan baunya, bolehlah direbus.
- Parut kunyit sebesar ibu jari. Perah airnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap pagi dan petang.
- Makan biji buah Peria.
- Minum air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita.
- Minum air rebusan daun Pokok Ati-ati.
- Jadikan pucuk Pokok Pala sebagai ulaman.
- Minum air rebusan Pokok Dukung Anak.
Sebagai tambahan untuk ibu-ibu yang mengandung yang mengalami tekanan darah tinggi, minumlah air kembang semangkuk atau biji selasih campur dengan air suam atau air sirap.
http://maugemuk.com/blog/?p=291
Subscribe to:
Posts (Atom)